Tuesday, July 10, 2018

Assalamualaikum,

Assalamualaikum,
Inilah ucapan terbaik yang sepatutnya kak mah ucapkan, setelah sekian lama tak update blog persatuan Kak Mah ini.
Sedih pula rasanya bila lihat tarikh terakhir Kak Mah update blog ini, dah terlalu lama rupanya kak mah mengabaikan nya. Tahun 2015 last update, mashaAllah.
Sebenarnya bukan tak sayang blog ini, tapi almaklum ajalah.

Namun syukur malam ni Kak Mah kembali menemui peninat-peminat kak mah. Serious kak mah terhutang budi kepada anda pengunjung semua, tanpa anda siapalah kak mah. Walaupun dah bertahun tak update, kak mah lihat masih ada pengunjung yang sudi datang dan menjenguk blog ini. Terima kasih anda semua yang masih sudi datang. Inn shaa Allah kak mah akan cuba terus update blog ini dari semasa apabila ada aktiviti terbaru

Sallam mesra dari kak mah.
Wassalam

Saturday, July 25, 2015

Jamuan Hari Raya Aidil Fitri

Assalamualaikum,

Baru petang tadi Kakmah hadir Mesyuarat AJK Pertubuhan Ibu Tunggal Kebangsaan Malaysia Parlimen Lipis, atau singkatannya PITKM atau NUSRAT, setelah dipersetujui oleh semua AJK termasuk AJK Wanita Perkim Kawasan Lipis majlis jamuan hari raya peringkat Negeri Pahang akan diadakan pada 02-08-2015 bersamaan 17 Shawal 1436H, iaitu hari Ahad.

Majlis untuk PITKM anjuran NUSRAT Lipis ini adalah peringkat negeri Pahang, dijangka seramai 300 orang ahli dari semua daerah di negeri Pahang akan hadir pada majlis ini. Majlis yang akan digabungkan dengan Wanita PERKIM kawasan Lipis ini adalah peringkat kawasan Lipis bagi Wanita Perkim. Memandangkan Pengerusi PITKM Parlimen Lipis adalah merangkap Pengerusi Wanita PERKIM, maka adalah lebih baik majlis ini digabungkan sekali, jimat kos...

Kepada Ibu-ibu tunggal daerah lipis yang telah menjadi ahli pertubuhan ini danahli-ahli Wanita Perkim yang membaca entry ini anda dijemput hadir kemajlis kami ini.

Sedikit makluman, kepada ibu-ibu tunggal yang belum menjadi ahli pertubuhan kami anda di alu-alukan untuk menjadi ahli pertubuhan ini. Borang boleh didapati daripada Kakmah, yuran masuk sebanyak RM 17.00 untuk ahli biasa dan kalau ingin menjadi ahli seumur hidup yurannya adalah sebanyak RM 57.00 sahaja. Kepada ahli biasa yuran tahunan adalah sebanyak RM 7, dibayar setahun sekali setiap kali mesyuarat agung tahunan.

Wassalam.

Thursday, July 23, 2015

Aktiviti Bulan Puasa

Assalamualaikum,

Rakan Ibu Tunggal khususnya, pengunjung blog kakmah yang singgah kesini,
Sallam Aidil Fitri dan sallam Shawal semuanya.
Alhamdulillah, dalam bulan ramadhan yang lalu Pertubuhan Ibu Tunggal Kebangsaan 
Malaysia Parlimen Lipis atau singkatannya NUSRAT telah berjaya mengendalikan
dua aktiviti besar bermula dengan aktiviti ceramah menjelang Ramadhan
yang telah disampaikan oleh Profesor Madya Dr. Sharifah Zahra binti Syed Mohamad,
mantan pensyarah UiTM dan Peguam Syarie yang sekarang penceramah bebas.


Sambutan dari ibu tunggal dan NGO-NGO lain terhadap ceramah ini boleh
dikatakan 100% dan kehadiran sangat menggalakkan.


Bergambar bersama Prof. Dr. Zahra bertudung kelabu, setelah selesai
ceramah.


Aktiviti kedua merupakan aktiviti tahunan sempena bulan Ramadhan
iaitu majlis penyampaian sumbangan kepada semua Ibu tunggal peringkat
Parlimen Lipis, kali ini disampaikan oleh Datin Nora Ibrahim, isteri kepada
YB Ahli Parlimen Lipis, Dato Abdul Rahman.

Alhamdulillah selesai sudah aktiviti bulan Ramadhan, dan Salam Shawal
kepada semuanya.

Jumpa lagi,
Wassalam.

Monday, April 6, 2015

Mesyuarat Agung Cawangan Negeri Pahang Pula

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, hari ini dapat lagi kakmah update blog Pertubuhan ini,
berikutan penyertaan kami AJK2 Pertubuhan Ibu Tunggal Kebangsaan
Malaysia Perlimen Lipis ini telah di jemput untuk menyertai 
Mesyuarat Aging Tahunan peringkat bahagian Negeri Pahang pula
pada 4 dan 5 April yang lepas di An casa Royale Hotel Pekan,
Pahang.

Mesyuarat kali ini dirasmikan oleh YB Datuk Azizah binti Datuk Seri Pangelima
Mohamad Dom, Timbalan Menteri di Kementerian Pembangunan Wanita dan
Masyarakat.


Mesyuarat di mulakan dengan makan malam dan sepatutnya diadakan
persembahan oleh kesemua peserta peringkat parlimen tetapi dibatalkan
berikutan kemalangan helikopter yang membawa allahyarham
Tan Seri Jamaludin Jarjis dan lima orang yang lain
termasuk pengawal peribadi PM Malaysia.


Suasana makan malam walaupun meriah tetapi agak suram berikutan pemergian
Tan Seri tersebut dan 5 yang lain.


Bersedia menunggu kehadiran Datuk Azizah
Teruja bukan main nak bertemu Timbalan menteri
bukan apa banyak yang nak diminta sebenarnya,
maklumlah NGO meminta...


Sempat lagi memotong kek Hari Lahir seorang Ahli,
Allah Selamatkan Kami, Allah Selamatkan Kami.
Allah Selamatkan Kami Semua, Allah Selamatkan Kami,


Pengerusi Parlimen Lipis, Puan Hjh. Hamidah bi Hj. Hamzah
menyampaikan ucapannya.

Harap di tahun akan datang kami berkesempatan lagi untuk hadir dimajlis yang
gemilang seperti ini.

Jumpa lagi pembaca2 Blog IT Kakmah.

Wassalam.

Tuesday, March 3, 2015

Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 9

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, setelah berhari-hari menyiapkan segala keperluan,
daripada menyiapkan minit, lapuran aktiviti, senarai AJK,
senarai ahli mengikut DUN, persiapan tempat dan makan minun,
kini tibalah hari yang dinanti-nantikan,
macam menunggu hari nikah pulak, hehe dok lah, cuma hari
bersejarah bagi kami yang memperjuangan nasib ibu-ibu
tunggal dalam daerah kami ini.

Inilahnya hari bersejarahnya, yang hanya berlaku setahun sekali.
Tahin ini lebih meriah lagi sebab ada pula pemilihan pucuk pimpinan.

Inilah majlis,
Mesyuarat Agung Pertubuhan Ibu Tunggal Kebangsaan Malaysia
Peringkat Parlimen Lipis, yang telah di rasmikan oleh :
YB Dato' Haji Abdul Rahman Bin Mohamed
Ahli Parlimen Lipis
merangkap 
Penaung pertubuhan kami ini.

Tarikhnya 1-3-15 bermula pukul 8.00 pagi.



Ni barisan AJK baru, yang dilantik dalam mesyuarat.
Tengok tu masing-masing nampak bersemangat.


Ini pula AJK lama, yang juga kekal dalam jawatan, bergambar 
bersama YB Dato' Haji Abdul Rahman, selepas majlis perasmian penutup.
Duduk no 2 dkiri adalah pemerhati, AJK peringkat Negeri Pahang,
Puan Sharifah, no 2 dari kanan ialah Puan Hjh Hamidah bt Hj.Hamzah,
Pengerusi yang tidak pernah kalah bertanding sejak pertubuhan ini
ditubuhkan 9 tahun yang lalu. Sebelah beliau, kanan sekali adalah 
Timbalan pengerusi yang baru dilantik, Pn. Hjh Norgayah, bagi 
menggantikan Timbalan Pengerusi yang lama yang telah meletak
jawatan kerana faktor kesihatan.


YB Dato' Abdul Rahman dalam ucapannya menerangkan, kerajaan
dibawah Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat ada
menyalurkan dana kepada Ibu Tunggal khususnya yang ingin berniaga,
dan beliau mengharapkan agar semua ibu tunggal merebut peluang
tersebut.


Barisan AJK sedang mengendalikan mesyuarat.


Diantara ahli-ahli yang hari yang terdiri dari 420 orang semuanya
yang datang dari berbagai peringkat umur, tua dan muda, bekerja,
berniaga, atau bekerja sendiri dikampung.

Sekian dulu untuk kali ini, semuga bertemu lagi.

Wassalam.

Monday, February 16, 2015

Assalamualaikum,
Warga Ibu tunggal, sahabat dan taulan.
Bahang Mesyuarat agung semakin terasa,
terutamanya bagi pihak kakmah sebagai setiausaha.
Surat menyurat, minit, agenda dan sebagainya, semuanya
perlu disiapkan menjelang seminggu tarikh mesyuarat.


Tengok ni, tak cukup meja, surat-surat yang telah disiapkan.
Ni baru untuk 300 orang. Ada lagi 100 lebeh surat nak disiapkan.
In Shaa Allah, malam ni siap kut atau kalau tidak hari esoklah.

Sebenarnya ahli Ibu Tunggal Parlimen Lipis ni dah tinggal
 440 orang setelah ditolak ahli yang meninggal dan yang dah berkahwin
dan setelah ditolak ahli yang telah masuk ke Bahagian Cameron
Highlands.

Besar kemunkinan ahli akan bertambah lagi setelah mesyuarat 
agung nanti kerana kebiasaannya ramai ibu tunggal yang akan
mendaftar semasa mesyuarat agung. Alhamdulillah.

Apa pun keadaannya kami tetap mengalu-alukan kehadiran
ahli baru yang ingin bernaung dibawah pertubuhan ini.

Wassalam.

Wednesday, February 4, 2015

Bersiap-siap Untuk Mesyuarat Agung

Assalamualaikum,

Alhamdulllah, bertemu lagi pengunjung2 blog Pertubuhan Ibu Tunggal
Daerah Lipis ini. Kakmah tengok alhamdulillah ramai juga yang sampai kesini.
Tapi kesian tak ada update kat blog ni, dah lama dah. Maaflah, kakmah yang
mengendalikan blog ni sedang tak berapa sihat ditambah pula kakmah berada
ditempat tak ada line internet.

Ditambah pula apabila kakmah tak berada di dalam kawasan aktiviti
Persatuan menjadi lembab. Alhamdulillah dikesempatan hari ini kakmah
gunakan untuk update apa yang patut.

Buat masa sekarang ini demam Mesyuarat Agung dah terasa bahangnya
walaupun tarikhnya masih belum ditetapkan, tapi sepatutnya Mesyuarat
tersebua akan diadakan selewat-lewatnya pertengahan Mac ini. Tengoklah apa
keputusan mesyuarat AJK esok.

Walau bagaimana pun bagi pihak kakmah sendiri, bahang dan kesibukan 
membuat persiapan dah terasa. Kakmah pun dah siapkan sikit kerja2 yang
sepatutnya terutamanya dokumen2 yang penting seperti minit dahpun
kakmah siapkan. In Shaa Allah, akan banyak lagi kerja2 yang akan 
dibuat selepas tarikh sebenar ditetapkan esok.

Doakan kakmah, supaya sihat dan mampu mengendalikan
majlis yang besar ini.

Jumpa lagi,
Wassalam.