Tuesday, March 3, 2015

Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 9

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, setelah berhari-hari menyiapkan segala keperluan,
daripada menyiapkan minit, lapuran aktiviti, senarai AJK,
senarai ahli mengikut DUN, persiapan tempat dan makan minun,
kini tibalah hari yang dinanti-nantikan,
macam menunggu hari nikah pulak, hehe dok lah, cuma hari
bersejarah bagi kami yang memperjuangan nasib ibu-ibu
tunggal dalam daerah kami ini.

Inilahnya hari bersejarahnya, yang hanya berlaku setahun sekali.
Tahin ini lebih meriah lagi sebab ada pula pemilihan pucuk pimpinan.

Inilah majlis,
Mesyuarat Agung Pertubuhan Ibu Tunggal Kebangsaan Malaysia
Peringkat Parlimen Lipis, yang telah di rasmikan oleh :
YB Dato' Haji Abdul Rahman Bin Mohamed
Ahli Parlimen Lipis
merangkap 
Penaung pertubuhan kami ini.

Tarikhnya 1-3-15 bermula pukul 8.00 pagi.



Ni barisan AJK baru, yang dilantik dalam mesyuarat.
Tengok tu masing-masing nampak bersemangat.


Ini pula AJK lama, yang juga kekal dalam jawatan, bergambar 
bersama YB Dato' Haji Abdul Rahman, selepas majlis perasmian penutup.
Duduk no 2 dkiri adalah pemerhati, AJK peringkat Negeri Pahang,
Puan Sharifah, no 2 dari kanan ialah Puan Hjh Hamidah bt Hj.Hamzah,
Pengerusi yang tidak pernah kalah bertanding sejak pertubuhan ini
ditubuhkan 9 tahun yang lalu. Sebelah beliau, kanan sekali adalah 
Timbalan pengerusi yang baru dilantik, Pn. Hjh Norgayah, bagi 
menggantikan Timbalan Pengerusi yang lama yang telah meletak
jawatan kerana faktor kesihatan.


YB Dato' Abdul Rahman dalam ucapannya menerangkan, kerajaan
dibawah Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat ada
menyalurkan dana kepada Ibu Tunggal khususnya yang ingin berniaga,
dan beliau mengharapkan agar semua ibu tunggal merebut peluang
tersebut.


Barisan AJK sedang mengendalikan mesyuarat.


Diantara ahli-ahli yang hari yang terdiri dari 420 orang semuanya
yang datang dari berbagai peringkat umur, tua dan muda, bekerja,
berniaga, atau bekerja sendiri dikampung.

Sekian dulu untuk kali ini, semuga bertemu lagi.

Wassalam.