Tuesday, September 2, 2014

Majlis Sumbangan Aidil Fitri

Assalamualaikum,

Tanggal 27-8-2014,
Satu majlis amal iaitu Majlis Sumbangan sempena Aidil Fitri
tahun ini telah diadakan bertempat di Dewan Jubli Perak
Sultan Haji Ahmad Shah, Lipis.

Sumbangan berupa wang tunai itu telah di sumbangankan oleh
ADUN kawasan Ceka, YB Dato' Foong Koong Fuee
khas untuk warga miskin, Warga Emas dan Ibu Tunggal
 didalam DUN Ceka. 

Tidak ada gambar yang dapat di sembahkan,
sebab kakmah pun tidak menghadiri majlis tersebut.
Masih ada  seramai 18 orang ibu tunggal yang belum
menuntut sumbangan mereka.
Mereka-mereka ini dinasihatkan untuk pergi ke Pejabat
Daerah Lipis, Bahagian Pembangunan Luar Bandar
untuk menuntut sumbangan mereka.

Sekian dan jumpa lagi.
Wassalam,

Wednesday, August 20, 2014

Sallam Perkenalan

Assalamualaikum

Alhamdulillah, Inilah blog rasmi Pertubuhan Ibu-Ibu Tunggal Daerah Lipis.
atau lebih dikenali dengan nama NUSRAT yang membawa maksud
sokongan atau pertolongan.

Nusrat telah ditubuhkan pada awal tahun 2007 dan
mesyuarat tahunan pertamanya telah diadakan pada 10 Mac 2007 
bertempat dibilik mesyurat Ahli Parlimen Lipis.

Dengan kehadiran 48 orang ahli dan 3 orang pemimpin 
masyarakat maka rasmilah tertubuhnya Pertubuhan
Ibu Tunggal Daerah Lipis, NUSRAT.

Dengan barisan AJK yang terdiri dari :

1. Seorang Pengerusi
2. Seorang Naib Pengerusi
3. Seorang Setiausaha Kehormat
4. Seorang Naib Setiausaha Kehormat
5. Seorang Bendahari
6. 5 orang AJK yang dipilih didalam Mesyuarat
7. 3 orang AJK yang dilantik oleh Pengerusi sendiri
8. 2 orang pemereksa kira-kira.

Maka bermulalah perjalanan Aktiviti Nusrat Lipis.

Diantara aktiviti yang dah dijalankan

Jamuam makan malam
Majlis sumbangan
Lawatan
Kersus

Semuga NUSRAT terus maju jaya.