Saturday, July 25, 2015

Jamuan Hari Raya Aidil Fitri

Assalamualaikum,

Baru petang tadi Kakmah hadir Mesyuarat AJK Pertubuhan Ibu Tunggal Kebangsaan Malaysia Parlimen Lipis, atau singkatannya PITKM atau NUSRAT, setelah dipersetujui oleh semua AJK termasuk AJK Wanita Perkim Kawasan Lipis majlis jamuan hari raya peringkat Negeri Pahang akan diadakan pada 02-08-2015 bersamaan 17 Shawal 1436H, iaitu hari Ahad.

Majlis untuk PITKM anjuran NUSRAT Lipis ini adalah peringkat negeri Pahang, dijangka seramai 300 orang ahli dari semua daerah di negeri Pahang akan hadir pada majlis ini. Majlis yang akan digabungkan dengan Wanita PERKIM kawasan Lipis ini adalah peringkat kawasan Lipis bagi Wanita Perkim. Memandangkan Pengerusi PITKM Parlimen Lipis adalah merangkap Pengerusi Wanita PERKIM, maka adalah lebih baik majlis ini digabungkan sekali, jimat kos...

Kepada Ibu-ibu tunggal daerah lipis yang telah menjadi ahli pertubuhan ini danahli-ahli Wanita Perkim yang membaca entry ini anda dijemput hadir kemajlis kami ini.

Sedikit makluman, kepada ibu-ibu tunggal yang belum menjadi ahli pertubuhan kami anda di alu-alukan untuk menjadi ahli pertubuhan ini. Borang boleh didapati daripada Kakmah, yuran masuk sebanyak RM 17.00 untuk ahli biasa dan kalau ingin menjadi ahli seumur hidup yurannya adalah sebanyak RM 57.00 sahaja. Kepada ahli biasa yuran tahunan adalah sebanyak RM 7, dibayar setahun sekali setiap kali mesyuarat agung tahunan.

Wassalam.

Thursday, July 23, 2015

Aktiviti Bulan Puasa

Assalamualaikum,

Rakan Ibu Tunggal khususnya, pengunjung blog kakmah yang singgah kesini,
Sallam Aidil Fitri dan sallam Shawal semuanya.
Alhamdulillah, dalam bulan ramadhan yang lalu Pertubuhan Ibu Tunggal Kebangsaan 
Malaysia Parlimen Lipis atau singkatannya NUSRAT telah berjaya mengendalikan
dua aktiviti besar bermula dengan aktiviti ceramah menjelang Ramadhan
yang telah disampaikan oleh Profesor Madya Dr. Sharifah Zahra binti Syed Mohamad,
mantan pensyarah UiTM dan Peguam Syarie yang sekarang penceramah bebas.


Sambutan dari ibu tunggal dan NGO-NGO lain terhadap ceramah ini boleh
dikatakan 100% dan kehadiran sangat menggalakkan.


Bergambar bersama Prof. Dr. Zahra bertudung kelabu, setelah selesai
ceramah.


Aktiviti kedua merupakan aktiviti tahunan sempena bulan Ramadhan
iaitu majlis penyampaian sumbangan kepada semua Ibu tunggal peringkat
Parlimen Lipis, kali ini disampaikan oleh Datin Nora Ibrahim, isteri kepada
YB Ahli Parlimen Lipis, Dato Abdul Rahman.

Alhamdulillah selesai sudah aktiviti bulan Ramadhan, dan Salam Shawal
kepada semuanya.

Jumpa lagi,
Wassalam.